TCG Confession Malaysia
#TCGConfessionMalaysia4409
Sejak beberapa minggu ni, kecoh betul pasal OPTCG ,Ada seller jual mahal, ada yang sibuk pertikaikan harga, ada yang serang seller dekat TikTok, dan ada juga yang terlalu taksub dengan harga MSRP.
Tapi cuba kita fikir sekejap. Ada antara yang paling lantang bersuara ni sebenarnya bukan pun player yang nak beli kad untuk buat deck tapi Mereka cuma collector yang mungkin kecewa atau terkilan sebab tak dapat collect kad rarity tertentu yang mempunyai harga tinggi dengan harga MSRP.
Persoalannya, sekarang ni kita hidup dalam pasaran yang mempunyai banyak pilihan. Dekat TikTok, dekat platform lain, berlambak seller yang jual dengan harga lebih murah. Kalau rasa harga seller A terlalu mahal, kenapa tak beli dekat seller B yang jual lebih murah? Kenapa perlu serang seller yang menjual pada harga yang mereka sendiri tetapkan?
Seller ambil barang, keluarkan modal dan tanggung risiko mereka sendiri. Jadi, biarlah mereka tentukan harga yang mereka rasa sesuai. Takkan semua seller perlu ikut kehendak dan tekak kita semata-mata sebab kita nak harga murah atau nak semua benda ikut MSRP?
MSRP itu boleh dijadikan panduan, tetapi janganlah sampai menganggap semua seller wajib menjual mengikut harga tersebut.
Lagipun, seller yang jual mahal pun bukannya paksa sesiapa untuk membeli. Mereka letak harga, mereka tawarkan barang, dan kalau ada viewer atau buyer yang sanggup serta rela membeli pada harga tersebut, itu pilihan mereka sendiri.
Selagi tak ada unsur penipuan atau paksaan, apa masalahnya?
Akhirnya, seller ada hak menentukan harga dan buyer ada hak menentukan pilihan. Kalau tak mampu atau tak setuju dengan harga yang ditawarkan, tak perlu beli. Cari seller lain. Mudah sahaja.
Jangan sampai disebabkan kita tak mampu atau tak berpuas hati dengan harga seseorang, kita rasa semua orang perlu ikut kehendak kita.
Pilihan di tangan korang. Jangan jadi telur mata itik.
發表於: Nov. 23, 2026, 4:47 p.m.